ageLOC® Tru Face® Peptide Retinol Complex Refill (Malaysia) – RM 235.00
Sebab Anda Akan Menyukai Produk
Katakan hello kepada kulit yang berseri!
Butiran Produk
Manfaat
- Dirumus dengan peptida yang diuji secara klinikal untuk menyasarkan masalah penuaan kulit.
- Menampilkan teknologi ageLOC® untuk menyasarkan tanda-tanda penuaan.
- Formula bebas pewangi.
- Telah diuji selamat secara dermatologi.
Keputusan yang Terbukti
Nu Skin menjalankan kajian dalaman selama 8 minggu di mana 31 peserta lelaki dan perempuan, berumur 35-70 tahun, menggunakan ageLOC® Tru Face® Peptide Retinol Complex sekali setiap malam. Selepas 8 minggu,
- 100% peserta bersetuju bahawa garis kedutan mereka kelihatan rata dan kurang ketara,
- 100% peserta bersetuju kulit mereka lebih anjal, kelihatan lebih muda dan gebu,
- 100% peserta bersetuju parut dan kecelaan pada wajah mereka kurang kelihatan,
- 97% peserta bersetuju liang pori kelihatan semakin mengecil,
- 97% peserta bersetuju produk telah menyerlahkan keremajaan wajah,
- 97% peserta bersetuju kulit mereka kelihatan berseri dan mulus,
- 93% peserta bersetuju kulit muka mereka lebih cerah.
Nu Skin juga menjalankan kajian klinikal di mana 10 subjek lelaki dan perempuan berumur antara 30 dan 65 menggunakan ageLOC® Tru Face® Peptide Retinol Complex setiap malam pada kulit muka yang bersih. ageLOC® Tru Face® Essence Ultra digunakan dua kali sehari dan digunakan selepas menggunakan ageLOC® Tru Face® Peptide Retinol Complex pada waktu malam. Penggredan oleh pakar telah dijalankan, dan imej telah diambil. Selepas 12 minggu, pakar penggredan telah mencatat perkara berikut:
- 100% subjek menunjukkan peningkatan dalam tekstur kulit,
- 90% subjek menunjukkan pengurangan garis halus dan kedutan,
- 90% subjek menunjukkan pengurangan dalam penampilan liang pori,
- 90% subjek menunjukkan peningkatan dalam kontur kulit, ketegangan, dan penampilan terangkat,
- 70% subjek menunjukkan pengurangan dalam kedutan hujung mata.
Kesan Sosial dan Kelestarian
Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk menjadi Force For Good di dunia, Nu Skin sedang berusaha untuk mengurangkan kesan produk kami terhadap alam sekitar dan sosial — dari dalam ke luar!
Botol diperbuat daripada 25% bahan kitar semula. Sila kitar semulakannya.
Kami mahu anda yakin akan bahan-bahan dalam produk anda. Lawati kamus bahan kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang menjadikan produk Nu Skin begitu hebat.
Cara Menggunakan Produk
Bahan
Bahan Utama
Semua Bahan
Soalan Lazim
Apakah yang membuatkan ageLOC® Tru Face® Peptide Retinol Complex begitu unik?
- Tidak seperti kebanyakan produk retinol lain di pasaran, Peptide Retinol Complex adalah lembut—malah ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ia memberikan semua faedah yang anda inginkan daripada produk retinol—dan banyak lagi—tanpa kesan sampingan yang memudaratkan, seperti kulit kekeringan, kemerahan, mengelupas dan kerengsaan. Ia juga dirumus dengan peptida pertama yang ditemui AI, serupa dengan alam semula jadi yang terbukti secara klinikal untuk menyasarkan masalah penuaan kulit, yang membantu meningkatkan kesan retinol. Dan akhirnya, Peptide Retinol Complex mengandungi dua jenis retinoid—retinol tulen yang distabilkan dan ester asid retinoik—untuk membantu memberikan kesan yang maksimum. Ia juga mengandungi campuran ageLOC® propritari kami, yang menyasarkan tanda-tanda penuaan untuk membantu mengekalkan keremajaan, menampilkan kulit yang lebih muda dan bertenaga.
Apakah Teknologi Peptida Termaju dalam ageLOC® Tru Face® Peptide Retinol Complex?
- Sebagai manusia, kita sememangnya terhad dari segi masa yang boleh kita luangkan untuk menyelidik bahan-bahan. Tetapi dengan menggunakan AI, kami boleh mengenal pasti bahan yang sesuai untuk membantu memaksimumkan manfaat produk kami dengan lebih pantas dan berkesan. Teknologi Peptida Termaju kami ialah peptida pertama yang diuji secara klinikal, serupa dengan alam semula jadi yang ditemui menggunakan AI. Peptida ini berfungsi secara sinergistik dengan retinol untuk meningkatkan keberkesanannya. Ia juga bertindak pantas dan menyasarkan tanda-tanda utama penuaan, termasuk mengecilkan saiz liang pori dan mengurangkan hiperpigmentasi dengan ketara, serta menambahbaikkan tona dan tekstur kulit serta mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.
Apakah yang dilakukan oleh Jojoba + 4TB Blend untuk kulit saya?
- Jojoba Esters dan 4TB (molekul yang menenangkan) membantu menenang dan melembapkan kulit supaya anda boleh menikmati manfaat retinol yang hebat tanpa kesan sampingan yang agresif.
Apakah yang penting tentang jenis retinoid yang digunakan dalam ageLOC® Tru Face® Peptide Retinol Complex?
- Terdapat empat jenis retinoid utama: asid retinoik, retinaldehid (kadangkala dirujuk sebagai retina), retinol, dan ester retinil. Kesemuanya berbeza dari segi potensi dan kekuatan, dengan asid retinoik adalah yang paling kuat dan ester retinil adalah yang paling kurang berkesan. Asid Retinoik adalah yang paling kuat kerana ia dalam bentuk vitamin A yang paling aktif, tetapi ia merengsakan kebanyakan jenis kulit dan tidak tersedia untuk digunakan di banyak pasaran. Peptide Retinol Complex dirumus dengan ester asid retinoik, versi asid retinoik generasi baharu yang tidak merengsakan kulit. Peptide Retinol Complex juga mengandungi retinol tulen yang telah distabilkan untuk faedah maksimum dengan kesan kerengsaan yang paling minimum.
Bilakah saya perlu menggunakan ageLOC® Tru Face® Peptide Retinol Complex?
- Anda harus menggunakan ageLOC® Tru Face® Peptide Retinol Complex sekali sehari, dalam rutin penjagaan kulit malam anda. Ia kerana anda mungkin mengalami peningkatan sensitiviti terhadap matahari—terutamanya semasa beberapa minggu pertama penggunaan—anda dinasihati supaya mengehadkan pendedahan kepada matahari. Juga, pastikan anda memakai pelindung matahari setiap hari, terutamanya apabila menggunakan sebarang produk retinol.
Bolehkah orang yang mempunyai kulit sensitif menggunakan ageLOC® Tru Face® Peptide Retinol Complex?
- ageLOC® Tru Face® Peptide Retinol Complex dirumus khas agar ianya lembut dan menenangkan kulit, jadi orang yang mempunyai kulit sensitif pun boleh menikmati manfaatnya. Walau bagaimanapun, individu boleh menjadi sensitive kepada mana-mana produk penjagaan kulit baharu, jadi lakukan ujian tampalan dan/atau rujuk dengan pakar dermatologi anda jika anda mempunyai kulit yang sensitif.
Bagaimanakah ageLOC® Tru Face® Peptide Retinol Complex menyokong komitmen Nu Skin untuk menjadi lebih mampan?
- Sebagai penghuni yang bertanggungjawab bagi planet kita, kami dengan bangganya telah mereka bentuk botol ageLOC® Tru Face® Peptide Retinol Complex dengan menggunakan 25% bahan kitar semula. Sila semak keupayaan tempatan anda dan kitar semula semua botol, karton dan balang jika boleh. Dengan pembelian ageLOC® Tru Face® Peptide Retinol Complex, anda menyertai kami dalam mengambil langkah proaktif dan bertanggungjawab untuk menjamin masa depan yang cerah bagi planet ini dan setiap daripada kita. Lawati nuskin.com/sustainability untuk mendapatkan maklumat lanjut dan butiran tentang cara mengitar semula.
Reviews
There are no reviews yet.