This site is for product information only. To purchase, please visit our Nu Skin Affiliate Shop: smartbuy.mynuskin.com

Authorised Independent Nu Skin Distributor

Sunright Solar Screen Mineral Face Sunscreen SPF 50+ PA++++ (Malaysia)

Sunright Solar Screen Mineral Face Sunscreen SPF 50+ PA++++ (Malaysia)
RM 129.00
In Stock
Temui pilihan terbaik anda untuk hari yang cerah dengan Sunright Solar Screen Mineral Face Sunscreen SPF 50+ PA++++ — rakan perlindungan matahari terbaik anda. Sunright Solar Screen Mineral Face Sunscreen SPF 50+ PA++++ sesuai untuk semua jenis kulit, memberikan perlindungan antioksidan, penghidratan kulit, dan perlindungan SPF 50+ PA++++ daripada sinaran UV. Pelindung matahari mineral tanpa pewangi ini kalis air, menyerap dengan cepat, dan memberikan kemasan nipis tanpa meninggalkan sisa putih.



Free Shipping on orders over $199
No Registrationshop and buy instantly
Ships from Official Nu Skin Warehouse100% authentic products
Competitive Pricinggreat value guaranteed

Product Description

Sunright Solar Screen Mineral Face Sunscreen SPF 50+ PA++++ (Malaysia)-RM 129.00 Sunright Solar Screen Mineral Face Sunscreen laid out on beach towel with a variety of picnic items.
Sebab Anda Akan Menyukai Produk
Nikmati perlindungan dan penghidratan unggul pada hari cerah.
 

Butiran Produk

Sunright Solar Screen Mineral Face Sunscreen SPF 50+ PA++++ adalah sebahagian daripada rangkaian produk Sunright kami — penyelesaian yang membantu anda kekal selamat, terhidrat, dan kelihatan hebat ketika menikmati masa di bawah sinaran matahari. Pilihlah Sunright untuk formula yang tepat dan manfaat yang sesuai untuk keseronokan tanpa henti di bawah cahaya matahari. highlight icon Mengandungi formula Zink Oksida dengan SPF 50+ PA++++ untuk perlindungan UVA/UVB yang menyeluruh. highlight icon Memberikan penghidratan kulit yang ringan dan menyegarkan. highlight icon Memberikan manfaat antioksidan untuk membantu melawan kerosakan akibat radikal bebas.

Manfaat

  • Mengandungi formula Zink Oksida untuk perlindungan UVA/UVB dengan SPF 50+ PA++++.
  • Tidak meninggalkan sisa putih.
  • Menyerap dengan cepat, mudah disapu, dan tidak menyumbat liang pori.
  • Kalis air sehingga 80 minit.
  • Tanpa pewangi.

Kesan Sosial dan Kelestarian

Tiub diperbuat daripada 37% bahan kitar semula. Sila semak kemudahan kitar semula tempatan untuk tiub. Kami ingin anda yakin dengan bahan-bahan dalam produk kami. Sila lawati kamus bahan kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang keistimewaan produk-produk Nu Skin®.

Cara Menggunakan Produk

Sapukan jumlah yang mencukupi pada muka dan leher sekurang-kurangnya 20 minit sebelum terdedah kepada matahari. Sapukan semula selepas 80 minit berenang atau berpeluh, segera selepas mengeringkan diri dengan tuala, dan sekurang-kurangnya setiap dua jam. Gunakan sebagai langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit anda.

Bahan

Bahan Utama

A dish of Zinc Oxide, an ingredient used for Sunright Solar Screen Mineral Face Sunscreen SPF 50+. Zink Oksida Pelindung matahari mineral yang memberikan perlindungan spektrum luas daripada sinaran UVA dan UVB. A dish of bisabolol, an ingredient used for Sunright Solar Screen Mineral Face Sunscreen. Bisabolol Memberikan penghidratan yang ringan. A dish of vitamin e, an ingredient used for Sunright Solar Screen Mineral Face Sunscreen SPF 50+. Vitamin E (Tocopherol dan Tocopherly Acetate) Memberikan manfaat antioksidan untuk membantu melawan kerosakan radikal bebas.
Semua Bahan
Water (Aqua), Zinc Oxide, Dimethicone, Butylene Glycol, PEG-10 Dimethicone, C12-15 Alkyl Benzoate, Bisabolol, Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Tocopheryl Acetate, Tocopherol, Stearalkonium Hectorite, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Hexyl Laurate, Polyglyceryl-4 Isostearate, Propylene Carbonate, Sodium Citrate, Sodium Chloride, Hydroxyacetophenone, Chlorphenesin, Sodium Dehydroacetate.
  • Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa (rujuk doktor untuk bayi di bawah 6 bulan).

Soalan Lazim

Apakah yang membezakan Sunright Solar Screen Mineral Face Sunscreen SPF 50+ PA++++ daripada pelindung matahari lain?

  • Sunright Solar Screen Mineral Face Sunscreen SPF 50+ PA++++ menawarkan perlindungan terhadap sinaran UVA dan UVB, seperti kebanyakan pelindung matahari. Namun, keunikannya terletak pada fakta bahawa ia adalah pelindung matahari tanpa pewangi yang juga mengandungi bahan pelembap dan penenang kulit, termasuk antioksidan yang melindungi kulit daripada tekanan persekitaran. Dengan formula zink oksida, pelindung matahari ini menyediakan perlindungan spektrum luas terhadap sinaran UVA dan UVB, menjadikannya lebih daripada sekadar pelindung matahari mineral biasa.

Adakah Sunright Solar Screen Mineral Face Sunscreen SPF 50+ PA++++ kalis air?

  • Sunright Solar Screen Mineral Face Sunscreen SPF 50+ PA++++ mempunyai ketahanan air sehingga 80 minit, membolehkan anda menikmati aktiviti di dalam air tanpa gangguan. Ini adalah tempoh maksimum sebelum anda perlu meyapu semula.

Berapa kerap saya perlu menggunakan pelindung matahari?

  • Jika anda berada di bawah sinar matahari untuk tempoh yang lama, sapukan semula pelindung matahari sekurang-kurangnya setiap dua jam. Jika anda berpeluh atau basah, sapukan semula setiap 80 minit dan segera selepas mengeringkan badan dengan tuala.

Apakah maksud SPF?

  • SPF ialah singkatan bagi Faktor Perlindungan Matahari (Sun Protection Factor). Nombor ini menunjukkan berapa lama anda boleh terdedah kepada sinar matahari sambil menggunakan pelindung matahari dan masih mendapat perlindungan. Namun, masa yang diperlukan untuk kulit terbakar berbeza antara individu, jadi penting untuk diingat bahawa pelindung matahari tidak bersifat satu saiz sesuai untuk semua.

Apakah maksud PA++++?

  • PA++++ adalah sistem penilaian yang menunjukkan tahap perlindungan terhadap sinaran UVA yang diberikan oleh produk pelindung matahari. Semakin banyak tanda tambah (hingga empat), semakin tinggi tahap perlindungan. Untuk Sunright Solar Screen Mineral Face Sunscreen SPF 50+ PA++++, penilaian PA++++ menandakan tahap perlindungan UVA tertinggi, memberikan pertahanan unggul terhadap penuaan pramatang, tompok matahari, dan kerosakan kulit lain akibat sinaran matahari. Pelindung matahari kami dirumus untuk melindungi kulit anda dengan berkesan daripada sinaran UVA dan UVB, memastikan perlindungan menyeluruh untuk keseronokan harian anda di bawah sinar matahari.

Why Buy from NuBest Skin?

No registration neededshop and purchase directly, no account setup required.

Shipped from official Nu Skin warehouse100% authentic, factory-sealed products with full warranty.

Competitive pricingwe offer great value on authentic Nu Skin products.